MENGENALI KAMI

PENGENALAN

Baitul Islah adalah satu institusi rawatan dan pemulihan akhlak, ia ditubuhkan khusus bagi memberi rawatan dan pemulihan kepada remaja wanita yang terjebak dengan masalah sosial yang berumur 13 hingga 25thn ,atau remaja tegar yang tidak mampu lagi dibentuk dirumah untuk menjadi insan solehah yang mentaati keluarga. Usaha ini dijalankan secara lansung bagi membantu pihak kerajaan dalam menangani gejala sosial dalam masyarakat.Baitul Islah mula dibuka pada 27 Disember 2007.  Pada tahun 2009 Baitul Islah telah berpindah ke Bukit Beruntung di sebuah banglo yang berkeluasan 10 ribu kaki persegi dan pada ketika itu hanya mempunyai 45 orang anak bina. Alhamdulillah berkat doa,ramai diantara anak didik di baitul islah telah berjaya dipulihkan dan menjadi insan solehah yang bertaqwa
ViSi
Melahirkan insan Solehah yang bertaqwa

MiSi
Sedaya mampu melakukan amal berlandaskan
AL-Quran dan Sunnah

PERKHIDMATAN

1. Melakukan pemulihan kepada remaja perempuan yang terjebak dengan masalah sosial.
2. Menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar /remaja yang berisiko menjadi mangsa gejala sosial.
3. Membantu remaja yang terlanjur mengandungkan
anak luar nikah.
4. Memberi perlindungan bagi masalah kerosakan dan murtad
5. Perunding program motivasi

SASARAN

Sasaran Program Rawatan dan Pemulihan di BAITUL ISLAH adalah :

• Pelajar-pelajar perempuan yang dikenakan tindakan tatatertib sekolah/IPT seperti digantung pengajian atau dibuang sekolah.

• Remaja/pelajar perempuan yang terjebak dengan gejala sosial yang mengakibatkan ibubapa/penjaga tidak mampu untuk mengawalnya lagi.

• Kes-kes yang dirujuk oleh jabatan kerajaan/swasta,NGO atau lain-lain badan dakwah berkaitan perlindungan bagi menyelamatkan aqidah anak-anak umat Islam dari terjebak kepada gejala murtad.

• Remaja yang telah terlanjur mengandungkan anak luar nikah.

• Remaja yang ingin kembali kepangkal jalan setelah merasakan diri telah melakukan dosa dan maksiat kepada Allah swt.